Piagam Pelanggan PASTI adalah seperti berikut :
1. Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 5M (membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal) selepas tamat pengajian di PASTI dengan sempurna.
2. Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.
3. Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
4. Sentiasa bersikap terbuka dan proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.
5. Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.
6. Menawarkan perkhidmatan yang mesra dan sedia membantu pelanggan.