Image Banner

KEMPEN AID PALESTINE PASTI SUNGAI PETANI

Alhamdulillah, menyahut kempen #Aid4Palestine PASTI Kawasan Sungai Petani berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM7000 dikalangan warga PASTI..

Selain itu, guru dan staff juga menjalankan aktiviti berkaitan Palestin bagi menerapkan pengetahuan kepada anak-anak tentang Masjid Al-Aqsa, Gaza dan bumi Palestin serta kekejaman Zio..nis Isra.el terhadap umat ISLAM disana.
LAGI

PASTI SUNGAI PETANI TERIMA SUMBANGAN LAPTOP UNTUK KEGUNAAN PENGURUSAN

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUNGAI PETANI SANTUNI PASTI TERIMA ‘LAPTOP’

SUNGAI PETANI, - Sebanyak Empat Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam Kawasan Sungai Petani menerima Sumbangan Komputer Riba daripada Pengurusi PASTI Kawasan Sungai Petani,IR Rashid Abd Salim

 

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani Ustaz Mohd Hafiz Sharir berkata, sumbangan tersebut adalah melihat pusat pendidikan islam ini terus cemerlang.

 

“Pemberian komputer riba ini adalah ingin melihat pusat didikan islam seperti PASTI agar tidak ketinggalan dari kemajuan teknologi maklumat.

 

“Ini adalah salah satu usaha kita membangunkan pendidikan untuk pra sekolah berteraskan agama dan diharapkan dengan sumbangan ini, kita dapat bantu sekolah meningkatkan kecemerlangan dalam kalangan murid dan guru,” katanya.

 

"MEMBINA GENERASI AL-QURAN"

 

#DemiIslam

#PemudaPAS

#MemimpinNegara

#DewanPemudaPasSungaiPetani

LAGI

SUMBANGAN TELEFON PINTAR

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani Prihatin Kesusahan Pelajar.

SUNGAI PETANI,21 Februari 2021- Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani bertemu dengan beberapa orang Penerima dan menyampaikan sumbangan Telefon Pintar kepada Anak-anak Guru Pasti di sekitar Kawasan Sungai Petani.

Di musim pandemik Covid 19 ini, semua urusan di Sekolah kebanyakannya online, jadi sudah menjadi kewajipan kepada pelajar untuk memiliki Telefon Pintar bagi urusan pembelajaran mereka. Tidak semua mampu untuk memiliki Telefon Pintar sendiri, oleh itu kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani terpanggil untuk membantu Pelajar yang memerlukan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani berharap inisiatif ini akan merintis model-model pembelajaran digital untuk penggunaan pada masa depan.

#PemudaPAS
#MemimpinNegara
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#DewanPemudaPasSungaiPetani

LAGI

PERSEDIAAN PEMBUKAAN PASTI KAWASAN SUNGAI PETANI 2021

Persedian Pembukaan PASTI Kawasan Sungai Petani 2021.

Alhamdulillah buku untuk anak2 PASTI sudah tiba.Moga Anak-anak PASTI terus kekal semangat untuk belajar dan cemerlang dalam dunia Akademik

#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#PastiKawasanSungaiPetani

LAGI

PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN DPPM DI KAWASAN PKP, PKPB DAN PKPP

PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN DPPM DI KAWASAN PKP, PKPB DAN PKPP

Alhamdulillah. Setelah mengambil kira semua faktor dan perbincangan di peringkat Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM dan Jawatankuasa Harian DPPM, maka keputusan berikut telah dipersetujui:

1️⃣ PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)

✅ Semua PASTI di seluruh negara akan beroperasi secara bersemuka dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.

2️⃣ SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI)

✅ SRITI di kawasan PKPB dan PKPP akan beroperasi secara bersemuka dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.

⚠️ SRITI di kawasan PKP akan beroperasi melalui Kelas Online sepanjang tempoh PKP, kecuali dimaklumkan sebaliknya dari masa ke semasa.

3️⃣ SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SMITI)

✅ SMITI di kawasan PKPB dan PKPP akan beroperasi secara bersemuka dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.

⚠️ SMITI di kawasan PKP akan beroperasi melalui Kelas Online sepanjang tempoh PKP, kecuali dimaklumkan sebaliknya dari masa ke semasa.

Maklumat lanjut akan diperincikan melalui Pekeliling daripada PASTI Malaysia, SRITI Malaysia dan SMITI Malaysia.

Doakan semoga 2021 lebih baik buat kita semua. Lebih utama bersama patuhi SOP agar kita dapat membendung pandemik COVID-19.

Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
Ketua Sektor Pendidikan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM.

LAGI

AMAL MEGA BLOOD DONATION

Jom Semua Untuk Hadir Program Derma Darah

"AMAL MEGA BLOOD DONATION"

PADA: 16/1/2021
HARI : SABTU
TEMPAT : Amanjaya Mall/ CMART Sungai Petani
JAM : 10.30 PAGI - 4.00 PTG

Tempat Derma Darah Untuk muslimat Di Sediakan

#SemarakKasihAmal
#SetitikDarahSejutaPengharapan

LAGI

HARI PENDAFTARAN MURID 2021

Warna warni pendaftaran sesi baru 2021...Pasti Kawasan Sungai Petani mengalu-alukan semua waris ke dalam keluarga besar PASTI.. Semoga Allah swt melindungi dan melimpahkan rahmat serta kasih sayangnya Kepada kita semua..

 

Jom daftar online... Mudahnya masuk PASTI..

👇👇👇

https://pastisungaipetani.my/

 

#PASTITerbaiksesi2021

#pastikawasansungaipetani

#dppsungaipetani

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner